Thursday, February 25, 2010

Program Pengupayaan Generasi Muda


Bermula tahun 2010 kerajaan negeri Perak akan memperuntukkan RM2 juta setiap tahun bagi membiayai program mengupayakan generasi muda, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Beliau berkata peruntukan itu merupakan langkah kerajaan negeri untuk memberi perhatian khusus kepada golongan muda yang merupakan 60 peratus daripada komposisi penduduk negara ini.

”Ini merupakan pengiktirafan kepada golongan muda dan sejarah telah membuktikan negeri ini telah memberi penumpuan kepada usaha membentuk modal insan terbaik iaitu membentuk generasi muda,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-15 Majlis Belia Negeri Perak, di sini hari ini.

DS Dr Zambryjuga berkata langkah itu juga meletakkan Perak sebagai negeri pertama yang menyediakan bajet khas untuk pembangunan dan pengupayaan generasi muda di negara ini.

Sementara itu diminta mengulas saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai pindaan perlembagaan Barisan Nasional (BN) bagi menarik penyertaan badan bukan kerajaan, DS Dr Zambry berkata perubahan itu perlu demi masa depan parti.

”Saya amat bersetuju kerana perubahan perlu dilakukan untuk masa depan BN. Ini merupakan harapan baru kepada parti besar ini agar tetap kukuh,” kata DS Dr Zambry yang juga Pengerusi BN negeri.

Semalam, DS Najib berkata saranan pindaan perlembagaan BN itu bertujuan memantapkan parti di samping menjadikan parti BN lebih bersifat terbuka dan inklusif.

Kemas Taiping : Tahniah diatas keperihatian DS Dr Zambry dalam menjalankan pentadbiran yang telus dan benar-benar berusaha kearah aspirasi Perak Aman Jaya. Semoga usaha-usaha ini dapat mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan BN yang memerintah dan sentiasa adil dalam mengambil keputusan yang melibatkan kepentingan rakyat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails