Tuesday, March 2, 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Hari Potensi




Mesyuarat Jawatankuasa Hari Potensi Peringkat Daerah Larut, Matang & Selama dan Festival Kesenian Islam KEMAS Peringkat Daerah Larut, Matang & Selama telah diadakan di PKM Bukit Gantang pada 03/03/2010.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Faridah Sailan selaku Pegawai KEMAS Daerah Larut,Matang & Selama berjalan bagi membincangkan persiapan Hari Potensi Peringkat Daerah yang akan diadakan pada 08/05/2010 bertempat di PKM Bukit Gantang bermula jam 8.00 pagi.

Manakala
Festival Kesenian Islam KEMAS Peringkat Daerah Larut, Matang & Selama pula akan diadakan pada 10/07/2010 bertempat di Larut. Antara acara-acara bagi festival ini adalah Nasid, Berzanji dan Marhaban, Tilawah Al-Quran (lelaki & perempuan), Pidato (wanita dan lelaki )serta Kelas Bina Insan Terbaik.

Hari Poteni Peringkat Negeri Perak juga akan diadakan di Taiping bertempat di Kompleks Rakan Muda Kamunting yang mana akan diadakan pada 14,15,16/06/2010 yang akan datang.









No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails